Hai, Assalamualaikum... salam ramadhan, by the way... meh aku nak perkenalkan diri aku dulu, kalau tak nak tahu pun, tak pela... aku just nak bagitau je, kut-kutlah nak panggil takkan nak pangil hoi-hoi pula, kan? Huhu
Nama: Nurul Najwa binti Nasri
Umur : 12 Tahun
Cukup kut? Yang lain-lain tu secretlah, sayang... tak boleh aku bagitau. Sebenarnya aku dah ada blog pun, tapi blog aku lagi satu tu buat hal, jammed!!! Sakit hati betul, bila tukar kod, dia jadi macam mana tah, sakit hati aku. Nak je aku hampuk-hampuk lappy, tapi takut abah aku marah pulak! Tak pasal-pasal aku yang kena. Hurm... terpaksalah aku buat baru. Dahlah aku berapa kali edit kod, tak jadi-jadi. Ni buat aku sakit hati.
Nasiblah hari ni mood aku baik. Menjadi aku edit blog baru, walaupun masih simple dan tiada apa-apa. InsyaAllah widget-widget lain coming soon 1 by 1. Aku bukannya selalu dapat buka lappy, aku sibuk study, al-maklumlah aku ni budak tahun 6, tau-taulah kan, UPSR! Tak dapat aku update entry hari-hari, kalau aku update alamatnya hari tu aku free. So, sesiapa yang suka blog aku, followlah ye... Lagipun follower aku kosong nih. Kalaulah ada yang sudi follow, alangkah indahnya hidup.
Kita dah masuk hari ke berapa puasa eh? Lagi berapa hari nak raya? Ewah, aku belum habis puasa dah kira nak raya, biasalah. Excited! Baju raya jangan cakaplah, aku pulak anak seorang perempuan, mahu tak banyaknya baju raya aku. Kekadang tu best jugak abang-abang aku slelau jealous dengan aku, diorangkalau nak beli apa-apa guna duit sendiri, aku? Heheh! Tup tup, kalau teringin, balik dari sekolah adalah muncul depan mata. Huhu, mohon jealous u all...
Ayat mintak kaki kat atas tu, ececeh... btw, aku nak tanya cantik tak blog baru aku? Cantik *kembang kempis hidung aku. Hihi, kalau tak cantik jangan tengok! Peace yaw! Hihi, blog aku mungkin tema pink kut, jambu gitu! Aku peminat pink, tapi tak adalah minah pink sangat, minat gitu-gitu je. Tapi kebanyakan baju aku dalam almari, pinklah semuanya. Sebab umi aku cakap aku sorang anak perempuan, teringin tengok pakai lawa-lawa tambah-tambah warna pink. Aduhai, kalau korang tengok kebanyakan budak-budak perempuan sekarang ramai giler kut suka warna pink. Korang tak caye? Tunggu jelah waktu raya, dari atas sampai bawah, pink semua! Kalau rambut diorang warna pink, apa nak kata?
Tapi dah bagi aku, pink tu comel, cute... aku gunakan jela untuk blog aku. Lagipun warna pink ni warna ceria, sebab tu aku suka! Bak kata Mei Mei " saya suka, saya suka." PINK! I like...
And, macam mana puasa hari ni? Okey? Ke dah tak tahan nak berbuka? Aku, kalau tertengok budak-budak makan rasanya terliur jugak, kot. Kalau aku tertengok, aku cepat-cepat paling muka belah lain. Aku kan, tambah-tambah waktu nak bebruka lagi dua tiga minit tuh, aku rasa macam 2 jam! Lambat! Aku pantang kalau umi aku bancuh air kegemaran aku, gulp gulp! Sodapnya... eh aku dah merepek lebih dah ni! Huhu, korang teruskan membaca, ya.
Rasanya aku boleh taip sampai sini je kot. Aku nak siapkan homework aku. Bertimbun tak siap! Nanti kang tak pasal-pasal kena marah, siapa nak bertanggungjawab? Huhu, bye bye... anyway, puasa tu biar penoh... jangan ponteng-ponteng. Bye... sebelum aku terlupa, jika aku terlebih rajin, aku nak buat tutorial... yang tu je.